Tuesday, 25 December 2012

Pembajakan Tanah Untuk Penanaman Napier

Kerja-kerja pembajakan untuk penanaman rumput Napier.






Proses Perbanyakan Pilihan Pelanggan

Dalam proses melengkapkan bekalan kepada penyembelih tempatan, kenduri dan keperluan lain, kami mengambil inisiatif untuk menyediakan lembu-lembu dari kelas yang berbeza dan dari baka yang berbeza. Diharap pelanggan DTT dapat membuat pilihan yang sesuai.

antaranya ialah :
1. Baka Brahman untuk sembelihan daging dan juga bekelan daging kenduri.


2. Baka KK yang pelbagai saiz



3. Beberapa baka lain seperti Chalolois, Limozine.






Wednesday, 7 November 2012

Persiapan Membekal Daging Sembelihan Tempatan

setelah selesai musim raya korban 2012, Dtt meneruskan langkah segera melengkapkan stok lembu-lembu untuk sembelihan, akikah dan juga kenduri-kenduri lain.

terlebih dahulu, terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang menyokong kami. Dan kepada yang menunaikan haji kami sentiasa mendoakan semoga di limpahkan rezeki dan dikurniakan haji yang mabrur.

ini antara persediaan awal lembu daging. Stok pertama telah sampai untuk bekalan daging, akikah dan juga kenduri.

dari baka Brahman dan juga Charolais.











Kepada pelanggan telah boleh membuat kunjungan dan kami akan sentiasa cuba lengkapkan dengan pelbagai pilihan dari segi baka dan saiz.


Wednesday, 31 October 2012

Persediaan terakhir penghantaran bekalan raya korban 2012

Penyediaan terakhir menghantar stok lembu korban kepada pembeli-pembeli. Terima kasih semua kepada yang menyokong D Timur Ternak, Selamat menjalani ibadah korban dan selamat hari raya aidil adha.








Thursday, 4 October 2012

Pembukaan Kandang No. 2, October 1, 2012

Mengorak langkah seterusnya dalam menyokong industri perladangan penternakan, kami telah siap sepenuhnya membina sebuah lagi kandang berkapasiti 15-20 ekor stok lembu dalam satu-satu masa bagi menampung permintaan pasaran.

Pandangan Dari Arah Masuk


Pandangan Dari Arah Dalam


Semoga kami mandapat sokongan sepenuhnya dari pembeli-pembeli daging lembu tempatan baka Kedah Kelantan(KK)

Sunday, 9 September 2012

DTT bukan sekadar jual beli lembu, kebajikan ternakan amat diutamakan..

DTT amat menjaga kebajikan lembu ternakannya. Kami memastikan permakanan dan minuman sentiasa cukup, penjagaan kesihatan, perawatan dibuat dengan baik.

Semua lembu DTT adalah jinak ......

... boleh digosok....

Penjagaan pemakanan dengan nutrien seimbang, iaitu campuran rumput, pelepah sawit dan juga pallet.

Kawasan sekitar kandang yang bersih dan dijaga dengan baik...

Kerja-kerja pembesaran kandang

Bagi memastikan ternakan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak terlalu padat pada satu kandang, kami mengambil initiatif memperbesarkan kandang.

Kerja-kerja pembesaran kandang bermula pada hujung August 2012 dan dijangka selesai pada pertengahan bulan September 2012.


Penambahan Stock Hari Raya Aidil Adha secara konsistent...

Kami cuba sediakan bekalan lembu secukup untuk pengguna sekitar di Aidil adha ini...

kami janjikan harga yang berpatutan dengan saiz lembu .... Kami juga cuba buat penambahan stok secara kosnsistent supaya pilihan untuk pelanggan DTT sentiasa tersedia.

Lembu-lembu dibawa turun dengan kemudahan REM yang disediakan bagi mengelekkan kecederaan.

Monday, 27 August 2012

Stock Hari Raya Aidil Adha.

Kepada semua pelanggan-pelanggan DTT, diharap dapat mendapatkan bekalan awal untuk lembu-lembu korban. Untuk elakan pembelian di saat-saat akhir dan sukar bagi mendapatkan stock yang menarik.

jadi sila hubungi kami untuk tempahan awal.

terima kasih.

Monday, 23 July 2012

DTT Memenuhi permintaan pasaran..

Kebelakangan ini terdapat permintaan dari penyembelih yang memilih untuk mendapatkan bekalan lembu betina dan baka BRAHMA.

DTT pro-aktif dan medapatkan stock lembu betina dan baka Brahma.


Sila lawati kandang kami untuk melihat beberapa saiz yang dibekalkan.


Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

Sanudi Said(Pengurus)
di H/Phone : 019-9425516

Alamat Ladang :
D Timur Ternak Enterprise
Kg Gong Ketereh,
16800, Pasir Putih,
Kelantan

Thursday, 5 July 2012

kemasukkan stok baru ...

bagi memenuhi permintaan kami mambawa masuk stok-stok baru dengan pelbagai saiz yang menarik untuk dipilih.

Semua lembu-lembu yang dibekalkan adalah telah cukup umur dan memenuhi syarat untuk aqiqah dan korban.






antara syarat korban dan aqiqah.


Paling utama/ Afdhal binatang yang dibuat qurban adalah yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kekuning-kuningan, kemudian yang putih tetapi tidak sempurna putihnya, kemudian yang sebagian besar badannya berwarna putih, kemudian yang sebagian besar berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna kemerah-merahan semuanya/ coklat condong pada warna merah.

Binatang itu hendaklah cukup umur

Untuk unta berumur lima tahun dan masuk tahun keenam serta sudah kupak (terlepas gigi depannya). Adapun sapi/ lembu atau kambing (selain kambing kibasy/ biri-biri/ domba) berumur dua tahun dan masuk tahun yang ketiga . Boleh juga kambing yang belum genap berumur dua tahun, dengan syarat sudah kupak (terlepas gigi depannya) dengan sendirinya dan berumur lebih dari satu tahun.
 
Binatang Qurban Hendaklah Sehat & Bebas dari Cacat.

Binatang yang tidak sah dijadikan qurban itu ialah:
  • Binatang yang buta atau rusak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi masih bisa melihat, maka ia sah dibuat qurban.
  • Binatang yang jelas pincang kakinya dengan perkiraan, bila ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain untuk mencari makan, ia tidak dapat ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang tersebut, bahkan ia tertinggal jauh dibelakang. bila pincangnya itu sedikit yaitu pincang yang tidak menghalangi mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat qurban.
  • Binatang yang nyata sakitnya sehingga berakibat binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat qurban.
  • Binatang yang kurus sekali akibat sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.
  • Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebagian anggota yang bisa dimakan dan mengurangi dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak ada yang berkurang dari dagingnya walaupun sedikit.
  • Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebagian lidahnya atau yang terpotong dari bagian pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa ekor sejak dilahirkannya, maka sah dibuat qurban.
  • Binatang yang gugur semua giginya sehingga mengakibatkan tidak dapat makan rumput. Adapun yang ada sebagian giginya dan tidak menghalangi makan rumput dan tidak mengurangi dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat qurban.
  • Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.
  • Binatang betina yang hamil. adapun binatang yang baru melahirkan boleh dibuat qurban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam kitabnya Tuhfah dan Arramli dalam kitabnya Nihayah.
 

Thursday, 21 June 2012

Proses baja organik..

Melangkah setapak lagi dalam industri agrotani dalam ladang kami adalah penyediaan dan proses baja organik untuk memasuki pasaran setempat.

Penyediaan awal rumah baja.


Nantikan keluaran baja organik kami di pasaran setempat dalam masa terdekat..

Kemasukkan stok seterusnya ...

Kami dalam proses menyediakan bekalan untuk musim perayaan dan stok baru sentiasa masuk bagi cuba memenuhi pasaran tempatan sempena perayaan dan musim-musim kenduri.


sila hubungi kami untuk sentisa mendapat maklumat stok terbaru, belian pukal, permintaan-permintaan lain. Terima kasih.

Kemudahan Mesin Chopper

Kami mempunyai mesin chopper untuk meringankan kerja-kerja penyediaan makanan dan melancarkan penyediaan gizi seimbang kepada ternakan.


keupayaan mesin ini boleh memoting pelepah kelapa sawit, napier, batang pisang dan lain-lain yang sesuai untuk mengseimbangkan nutrein ternakan selain daripada makanan pallet yang sedia di proses.

Kerja-kerja perkemas kawasan dan pagar penuh

kami sentisa akan bergerak kehadapan bagi menjadikan bidang agro penternakan sebagai perniagaan kelas pertama juga..

kerja-kerja membuat pagar penuh kepada ladang ternak.



Monday, 14 May 2012

Iklan D Timur Ternak Enterprise di Mudah.my

Bagi memudahkan semua pelanggan mencari dan mendapatkan maklumat untuk menghubungi kami, kami telah mengiklankan produk kami di mudah.my pada hari ini 15/May/2012.

Dengan manaip katakunci 'Lembu', dengan pilihan negeri kelantan. Insyaalah akan dapat access kepada iklan kami.